A. Asas
- AFNI CAMERA & SERVICES berhak untuk mengubah segala terma, isi kandungan, harga sewaan tanpa notis.
- Apabila anda menghubungi AFNI CAMERA & SERVICES anda telah memahami dan bersetuju dengan segala syarat yang terkandung di bawah.
- AFNI CAMERA & SERVICES berhak untuk tidak meneruskan urusniaga kepada individu dan syarikat yang tidak bersetuju dengan isi kandungan terma dan syarat ini.
- Pelanggan Syarikat
- Segala prosedur ditetapkan AFNI CAMERA & SERVICES adalah sama seperti pelanggan individu dan tidak boleh diubah mengikut kehendak prosedur syarikat pelanggan terutama dalam perihal pembayaran dan tempahan tarikh.
- SEBUT HARGA PENUH (Quotation) atau invois tidak dikeluarkan dan hanya akan disediakan atas permintaan.
- Resit/invois hanya disediakan atas permintaan selepas pembayaran dan penyewaan selesai tanpa masalah sahaja.
- Pelanggan ulangan dianggap memahami segala kandungan di dalam TERMA & SYARAT ini dan termasuk sebarang perubahan maklumat yang sedia disiarkan.
- Segala komunikasi hendaklah melalui saluran komunikasi secara bertulis. Platform Whatsapp adalah diutamakan.
B. SEBUT HARGA RINGKAS, PENUH dan PERJANJIAN SEWAAN
- Harga sewaan dipersetujui melalui saluran komunikasi secara bertulis.
- Bagi tujuan persetujuan dan sebagai asas kepada PERJANJIAN SEWAAN, SEBUT HARGA RINGKAS bertulis akan dibuat melalui saluran komunikasi sebelum tarikh sewaan.
- PERJANJIAN SEWAAN akan terguna-pakai apabila PENYEWA menyatakan setuju secara bertulis melalui saluran komunikasi terhadap SEBUT HARGA RINGKAS atau SEBUT HARGA PENUH dan akan berkuat-kuasa di sepanjang TEMPOH SEWAAN sehingga BARANG SEWAAN dipulangkan kepada PAPA CAMERA di dalam keadaan baik.
- SEBUT HARGA RINGKAS ini mengandungi maklumat asas seperti berikut:
- Nama PENYEWA
- Nombor telefon PENYEWA
- No IC PENYEWA
- Tarikh dan masa ambil, pulang, serta TEMPOH SEWAAN
- Senarai BARANGAN SEWA
- Jumlah harga sewaan
- Jumlah harga bayaran termasuk deposit
- Sekiranya PENYEWA meminta untuk SEBUT HARGA BERCETAK dikeluarkan, SEBUT HARGA BERCETAK akan berkuat-kuasa mengatasi SEBUT HARGA RINGKAS.
C. Kelayakan PENYEWA
- Hanya warganegara Malaysia sahaja layak menyewa.
For Malaysians Only. No Foreigners. - Dokumen lengkap disediakan seperti dinyatakan dalam Cara Sewa.
- Jika anda mewakili mana-mana pihak untuk menyewa, tanggungjawab adalah di atas nama PENYEWA sendiri.
D. Kiraan TEMPOH SEWAAN
- TEMPOH SEWAAN dikira selama 24 jam dari masa BARANGAN SEWA dipersetujui untuk diambil.
- Masa dan tarikh untuk ambil/pulang BARANGAN SEWA akan dipersetujui sebelum pengambilan.
- Permintaan untuk lanjutan terhadap masa pemulangan dari PENYEWA adalah tidak diterima di sepanjang TEMPOH SEWAAN.
- Pengecualian diberikan sekiranya PENYEWA memberi makluman awal dan mendapat persetujuan dari pihak AFNI CAMERA & SERVICES dalam bentuk bertulis berkenaan perubahan.
E. Kondisi BARANGAN SEWA
- PENYEWA wajib menyemak kondisi BARANGAN SEWA sebelum menyewa bagi memastikan semuanya berfungsi dengan baik sebelum menyewa untuk mengelakkan sebarang masalah.
- Setiap BARANGAN SEWA yang disewa mungkin mempunyai tetapan (settings) berlainan yang diubah kepada keselesaan penyewa sebelumnya. Jika tidak biasa, PENYEWA dinasihatkan untuk memahami cara menggunakan BARANGAN SEWA tersebut terlebih dahulu sebelum menggunakannya untuk tujuan sebenar. AFNI CAMERA & SERVICES tidak akan memberi gantirugi sekiranya berlaku masalah disebabkan hal berkaitan settings yang tidak betul.
F. Tempahan
- AFNI CAMERA & SERVICES mengamalkan polisi tempahan tarikh beserta dengan bayaran sahaja.
- PRA-TEMPAHAN
- Setelah PENYEWA bersetuju dengan SEBUT HARGA RINGKAS atau SEBUT HARGA PENUH melalui saluran komunikasi bertulis, BARANGAN SEWA tersebut akan dikunci selama 1 jam secara standard, atau suatu tempoh lain yang dinyatakan secara bertulis melalui saluran komunikasi. Tempoh ini dinamakan PRA-TEMPAHAN.
- Sekiranya AFNI CAMERA & SERVICES tidak menerima sebarang kata penerimaan bertulis daripada PENYEWA terhadap SEBUT HARGA RINGKAS atau SEBUT HARGA PENUH dalam tempoh satu jam, BARANGAN SEWA tersebut tidak akan masuk dalam tempoh PRA-TEMPAHAN, dan akan terbuka kepada pasaran semula.
- Sila buat bayaran tempahan mengikut jumlah yang dinyatakan oleh AFNI CAMERA & SERVICES melalui saluran komunikasi bertulis, sama ada melalui pindahan bank atau tunai dalam tempoh PRA-TEMPAHAN ini. Kegagalan berbuat kemudian akan menyebabkan tempahan tidak diterima dan BARANGAN akan dibuka kepada pasaran semula.
- Tempahan tarikh tanpa sebarang pembayaran tidak akan diterima.
AFNI CAMERA & SERVICES berhak untuk menyewakannya kepada pelanggan yang terlebih dahulu membuat pembayaran tanpa peringatan. - Pembatalan tempahan
- Bayaran tempahan tarikh di atas tidak akan dipulangkan jika berlaku pembatalan.
- Nilai yang sama boleh digunakan untuk sewaan akan datang dalam tempoh satu bulan selepas pembatalan jika BARANGAN SEWA belum diambil sahaja. Jika tiada sewaan pada tempoh tersebut, bayaran tempahan akan dilupuskan.
G. Bayaran dan Deposit (cagaran)
- Bayaran penuh hendaklah selesai sebelum atau semasa mengambil BARANG SEWAAN sahaja.
- Jika menggunakan pindahan bank, bayaran diwajibkan menggunakan IBFT (Instant Transfer) dan bukannya IBG (Giro Transfer). Jika menggunakan GIRO, bayaran hanya dikira sebagai diterima setelah transaksi masuk dipaparkan di dalam akaun AFNI CAMERA & SERVICES. Tiada pelepasan diberikan walaupun mempunyai bukti atau resit.
- Bayaran dalam bentuk lain sama ada cek, kad kredit, PO atau dengan membawa maksud hutang atau bayaran kemudian tidak diterima.
- Deposit (cagaran)
- Bayaran deposit (cagaran) diperlukan selari dengan kadar harga BARANGAN SEWA.
- Deposit (cagaran) akan dipulangkan setelah BARANGAN SEWA dipulangkan tanpa masalah.
- Tolakan terhadap deposit (cagaran) akan dilakukan sekiranya terdapat masalah, termasuk namun tidak terhad kepada kerosakan kecil pada BARANGAN SEWA atas kecuaian PENYEWA.
H. Pemulangan bayaran
- Kos dan risiko terletak pada AFNI CAMERA & SERVICES setelah BARANGAN SEWA diserahkan kepada PENYEWA.
- Tiada pemulangan bayaran akan dilaksanakan dengan alasan yang termasuk namun tidak terhad kepada yang seperti berikut:
- BARANGAN SEWA tidak digunakan atau tidak sempat digunakan.
- BARANGAN SEWA dipulangkan awal dari TEMPOH SEWAAN sebenar.
- Tersalah tempahan BARANGAN SEWA.
- BARANGAN SEWA tidak dapat digunakan disebabkan peralatan PENYEWA rosak/tidak sesuai/spesifikasi berlainan.
Contoh : sewa lens dari AFNI CAMERA & SERVICES tetapi kamera PENYEWA sendiri rosak/tidak sesuai, atau sewaan kabel tidak sama spesifikasi kamera sendiri. - Tiada pengetahuan penggunaan atau setup tidak menjadi.
- Pembatalan dari pihak ketiga.
- Pemulangan bayaran hanya berlaku jika
- Kerosakan semula jadi atau di luar jangka BARANGAN SEWA seperti shutter, aperture dan autofokus rosak.
- Kesalahan yang berpunca dari AFNI CAMERA & SERVICES terlepas pandang atau luar kawalan.
Contoh: BARANGAN SEWA yang ingin disewa rosak sebelum diambil, atau BARANGAN SEWA yang bakal diambil masih tidak dipulangkan oleh penyewa lain.
I. Pengambilan dan penghantaran
- Lokasi pengambilan dan penghantaran secara asas adalah di sekitar Skudai, Johor Bahru sahaja.
- Sebarang perubahan terhadap lokasi pengambilan dan penghantaran akan diberitahu dan dipersetujui melalui saluran komunikasi secara bertulis.
- Tiada servis penghantaran/pemulangan disediakan secara percuma.
- Permintaan untuk penghantaran/pemulangan bagi lokasi lain boleh dipertimbangkan dengan waktu dan keadaan semasa beserta cas tambahan RM100 bagi setiap pergerakan (pengambilan atau pemulangan). Cas ini perlu dibayar dahulu sebelum sebarang penghantaran.
J. Di dalam TEMPOH SEWAAN
- Di dalam TEMPOH SEWAAN, PENYEWA wajib bertanggungjawab menjaga setiap BARANGAN SEWA dengan cermat.
- Sebarang kecuaian yang menyebabkan kerosakan adalah tanggungjawab PENYEWA, dan PENYEWA bersedia untuk membayar segala kos/ganti rugi jika berlaku kerosakan yang disebabkan kecuaian PENYEWA sendiri.
- Cas akan dikenakan dengan menolak dari deposit (cagaran) jika terdapat tambahan calar kasar atau tahap guna tinggi berbanding kondisi asal.
- AFNI CAMERA & SERVICES sedaya upaya untuk menyediakan BARANGAN SEWA dengan keadaan terbaik dan bebas masalah. Namun jika berlaku sebarang masalah, AFNI CAMERA & SERVICES tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung segala kerugian atau kos berkaitan jika BARANGAN SEWA yang disewa rosak secara semula jadi di dalam TEMPOH SEWAAN. Sebaliknya, AFNI CAMERA & SERVICES juga tidak akan mengenakan sebarang cas tambahan sekiranya kerosakan adalah disebabkan semula jadi. Rujuk [(H) Pemulangan Bayaran, Terma 3].
K. Polisi Privasi MAKLUMAT PERIBADI
- MAKLUMAT PERIBADI PENYEWA akan dikumpul oleh AFNI CAMERA & SERVICES semasa sesi rundingan berlaku.
- MAKLUMAT PERIBADI PENYEWA diperlukan bagi menjamin keselamatan BARANGAN SEWA yang merupakan hak milik AFNI CAMERA & SERVICES.
- MAKLUMAT PERIBADI PENYEWA adalah sulit/rahsia dan tidak akan diserahkan kepada pihak lain kecuali berlaku kes penipuan atau tidak bertanggungjawab dari pihak PENYEWA. Rujuk [(L) Pelanggaran Perjanjian, Terma 3].
- MAKLUMAT PERIBADI PENYEWA adalah wajib disediakan oleh PENYEWA dan tiada pengecualian. Jika enggan bekerjasama memberi maklumat yang diperlukan untuk menyewa, AFNI CAMERA & SERVICES berhak menolak untuk meneruskan urusniaga tanpa sebarang maklumbalas.
- MAKLUMAT PERIBADI PENYEWA yang tidak lengkap, akaun media sosial tidak aktif, profile lock/private tidak akan dibenarkan sewa.
- AFNI CAMERA & SERVICES akan melupuskan MAKLUMAT PERIBADI PENYEWA setelah 7 tahun PENYEWA tidak berurusan bersama AFNI CAMERA & SERVICES.
L. Pelanggaran PERJANJIAN SEWAAN
- Perjanjian Sewaan
- Dengan bersetuju kepada SEBUT HARGA RINGKAS atau SEBUT HARGA PENUH, PENYEWA dianggap telah bersetuju dengan semua kandungan yang dinyatakan dalam dokumen TERMA & SYARAT ini.
- SEBUT HARGA RINGKAS dan dokument TERMA & SYARAT ini menjadi asas kepada perjanjian sewaan antara PENYEWA dan AFNI CAMERA & SERVICES.
- Perjanjian akan terguna pakai setelah PENYEWA menyatakan setuju terhadap kandungan SEBUT HARGA RINGKAS atau SEBUT HARGA PENUH secara bertulis melalui saluran komunikasi semasa proses rundingan berlaku.
- Kelewatan
- Untuk menjamin urusniaga yang lancar antara pelanggan dan AFNI CAMERA & SERVICES, serta pelanggan lain, kelewatan adalah tidak dibenarkan.
- Jika ada kelewatan yang tidak disengajakan, [(D) Kiraan TEMPOH SEWAAN, Terma 4] digunapakai.
- Kegagalan berbuat demikian tanpa sebab munasabah akan dicas tambahan mengikut kadar 2 ganda harga sewaan asal.
- Jika berlaku kelewatan selama 12 jam tanpa sebarang maklum balas, AFNI CAMERA & SERVICES akan mengklasifikasikannya sebagai kes curi.
- Kecurian
- AFNI CAMERA & SERVICES berhak dan akan menggunakan maklumat peribadi yang disediakan oleh PENYEWA untuk tujuan tuntutan kes atau kerugian melalui laporan polis, hebahan media sosial dan kaedah lain yang difikirkan perlu.
- PENYEWA yang diklasifikasikan sebagai kes curi akan disenarai hitam secara seumur hidup.
M. Lain-lain
- Permintaan untuk melihat BARANGAN SEWA dengan tujuan survey atau semakan hanya dibuat dengan temu janji sahaja. Tiada walk-in.
- Pastikan anda memahami Cara Sewa dahulu sebelum sebarang temu janji.
- Sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat penggunaan BARANGAN SEWA boleh dibuat melalui panggilan telefon atau WhatsApp.
