Terma & Syarat Sewaan

Syarat Umum
  1. COD dan ambil sendiri di lokasi yang dinyatakan semasa urusan sahaja. Tiada istilah pos atau penghantaran.
  2. Penyewa hendaklah memeriksa keadaan barang sebelum meneruskan urusan. Pastikan barang yang hendak disewa berfungsi sepenuhnya. Sepanjang tempoh sewa, penyewa memikul tanggungjawab penuh ke atas barang yang disewa. Sebarang kerosakan yang disebabkan oleh kecuaian penyewa hendaklah diganti sepenuhnya dalam bentuk barang yang serupa atau bayaran pampasan mengikut harga pasaran.
  3. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan yang berlaku sepanjang tempoh sewaan.
  4. Cas tambahan akan dikenakan terhadap penyewa sekiranya terdapat kesan calar atau sebarang kerosakan jelas di luaran yang tidak terdapat ketika penyerahan barang dari AFNI ke penyewa.
  5. 1 hari dikira sebagai 24 jam, bermula dari jam pengambilan ke jam pemulangan.
    Contohnya, barang diambil pada 10PM Sabtu, dan pemulangan adalah pada 10PM Ahad.
  6. Jumlah bayaran dikira berdasarkan jumlah hari sewaan.
    Contohnya, pengambilan barang pada 10PM Jumaat dan pemulangan pada 10PM Ahad. Jumlah sewaan adalah dikira sebagai 2 hari walaupun penyewa hanya hendak menggunakan barang tersebut pada hari Sabtu 1 hari sahaja.
  7. Tempahan hanyalah dibuat setelah penyewa membuat pembayaran penuh harga sewaan barang bagi tempoh 1 hari dalam tempoh 3 jam setelah nombor akaun diberi. Baki harga sewaan boleh dibayar ketika pengambilan barang. Tiada istilah tempahan percuma.
  8. Kami menghormati pelanggan kami dan segala maklumat sulit pelanggan tidak akan kami sebarkan melainkan berlakunya kes-kes yang memerlukan kami untuk bertindak sedemikian.
  9. Kami akan gunakan segala cara dan maklumat yang ada seperti Facebook dan blog, untuk membuat tuntutan bagi sebarang kes penyelewengan.
  10. Wang tidak akan dikembalikan walaupun penyewa tidak menggunakan langsung barang yang disewa sepanjang tempoh sewaan.
  11. Penyewa hendaklah membuat bayaran penuh termasuk dengan deposit/cagaran sebelum berhak untuk menerima barang sewaan.
  12. Bil/Invois hanya akan dikeluarkan atas permintaan semasa pemulangan barang.

Cara Penyewaan

Semasa penyerahan barang sewa, sila sediakan item-item berikut:

  1. Salinan IC penyewa (soft copy/hard copy) beserta dengan kad asal untuk pengesahan.
  2. 2 Nombor telefon saudara terdekat (Ibu/Bapa/Adik-beradik/dll)
  3. Bil utiliti terkini (Air/Api/Telefon/Internet/ASTRO/dll) sebagai bukti alamat
  4. RM200 deposit tunai. Wang deposit akan dikembalikan setelah barang sewaan dipulangkan dalam keadaan baik.

Tempahan Tarikh Sewa

  1. Tempahan tanpa bayaran tidak akan dilayan.
  2. Untuk mengelakkan barang dari disewa oleh orang lain, sila buat pembayaran tempahan sekurang-kurangnya sebanyak harga sewaan untuk 1 hari bagi barang yang hendak sewa sebelum dari tarikh sewaan.
  3. Pembatalan tempahan:
    1. Dalam tempoh 2 hari dari tarikh tempahan.
      Deposit tempahan tidak akan dipulangkan kepada penyewa. Sebaliknya, 50% daripada jumlah deposit sewaan tersebut boleh digunapakai bagi penyewaan barang yang sama di tarikh lain.
    2. Dalam tempoh 3 hari dari tarikh tempahan.
      Deposit tempahan tidak akan dipulangkan kepada penyewa. Sebaliknya, 100% daripada jumlah deposit sewaan tersebut boleh digunapakai bagi penyewaan barang yang sama di tarikh lain.

 

 

Camera Rental – Terms & Condition (EN)