Salam,
Saya Amal Farial. Pemilik AFNI Rental.
Peminat kamera. Peminat fotografi.
Saya bermula dengan kamera digital Fujifilm A303 pada tahun 2003 ketika di bangku sekolah menengah. Itu adalah era di mana kamera digital baru mula nak menembusi pasaran.
Sejak dari itu saya melekat dalam dunia fotografi.
Semasa melanjutkan pelajaran di Jepun, saya berpeluang untuk memegang kamera digital SLR yang dipamerkan dikedai-kedai di sana. Di Malaysia memang amat sukar untuk dapat peluang ini.
DSLR pertama saya merupakan Canon Kiss X2, atau 450D di pasaran Malaysia.
Semasa berada di Jepun, saya berpeluang untuk cuba bermacam-macam jenis lens. Dan dari situlah bermulanya ketagih untuk menembak.
Tiada had pada genre. Semua saya cuba dan redah. Portrait, landscape, action, pet, wedding, timelapse, strobe, macam-macam lagi.
“Nak cuba lens tu lah. Eh, lens ni macam best lah, try jap.”
Sedikit demi sedikit senarai peralatan berkembang. Nak jual balik sayang.
Dengan saranan sahabat saya di Rentaru.my, saya ambil keputusan untuk berkongsi keseronokan menggunakan peralatan yang saya ada dengan menyewakannya kepada yang memerlukan. Maka bermulalah perniagaan sewaan peralatan kamera kecil-kecilan ini dari 2016 secara sambilan.
Kalau peralatan yang ingin dipakai tiada dalam senarai, saya boleh cuba untuk dapatkan mana yang mampu.
Selamat menembak!
